Sunday

Aneh di tengah2 kebiasaan.

Assalamualaikum.

Pada suatu hari, aku dan teman sepengajian mengambil kata putus untuk melarikan diri dari kelesuan makmal dan berlibur kayak cuti musim panas sudah bermula.
Sudahnya kami ke pantai.
Mereka dengan seluar paras lutut bersahaja.
Mereka dengan bikini bertelanjang bersahaja.
Mereka berjemur sinaran UV membaca buku bersahaja.

Ceritanya, sedang berborak rancak sambil menjilat aiskrim di tengah panas yang melelahkan, tidak semena melarat hingga ke bab aku bertudung, setelah salah seorang daripada mereka berkata;
「みんな珍しく二サを見る」
-semua tengok Nisa dengan aneh2-
Kerana seorang perempuan itu obvious dipandang lain pabila kau menutup rapat tubuhmu di lapangan kelompok yang dengan jelas lebih selesa dalam kenuditian.
Ini kan musim panas?

Sudah penat aku menafi dalam persoalan mereka mengenai efek suhu persekitaran yang terangterangan menjadi lebih tinggi dengan pakaian yang aku kenakan.
Sudah penat aku mendengar mereka mengomel [Panas..Panas..] sambil mengibas sana mengipas sini padahal memakai baju senipis kulit bawang.
Sudah penat aku menolak cadangan mereka untuk mencuba berlengan pendek atau berskirt paras lutut bagi mengadaptasikan diriku dengan cuaca yang membahang.
Inikan musim panas?

Alahai, cuma sahaja kalau kau tahu.

Dan sampai sehingga ke bahagian yang paling aku gerunkan. Mereka bertanya perihal rambut ku. Panjangkah? Pendekkkah?
Lalu aku bermain dengan neuron mereka, sekadar menunda masa, untuk aku mencari jawaban yang sesuai.

Kau pikir bagaimana?
Umm. Panjang. Kerana kerudungmu panjang jadi imejku terhadapmu begitu.

Aku kalut.

Kalau aku katakan aku botak? Kau percaya?
Eh?? Ye ke? Jadi semua yang bertudung itu botak?
Tidak. Aku bergurau sahaja.

Dan aku melepaskan tawa yang kecil, dengan harapan semoga dilupakan sahaja persoalan itu.

Jadi yang benarnya bagaimana?

Ah. Celaka kau. Masih belum berinjak dari situ.

Haaa. Perasaan ingin tahumu membuak2 bukan? Jawapannya. Rahsia.
Jadi kau tidak boleh bagitahu informasi sebegitu?
Boleh. Tapi hanya kepada keluargaku, suamiku, gadis yang seagama dengan ku. Tapi jikalau gadis yang sepertimu, dia harus berjanji tidak akan memberitahumu, kerana nanti rahsia itu terbongkar. Ini ketetapan dari agamaku.

Salah seorang berpendapat;
「二サは宗教力強いね。」
-Nisa ni sangat menjaga agama ek-
Terdiam.
Sama ada pujian atau perlian, aku tidak tahu. Pedulikan

Terharu.
Kerana aku terdidik untuk merasa izzah (baca:bangga) dengan agamaku, kerana ini sahaja yang akan kubawa selepas usiaku berakhir.

Kalau orang luar bisa menampakkan aku seperti itu, Alhamdulillah. Jangan kau biar aku lari dari jalan yang lurus ini Ya Tuhan.
Padahal aku rasa diri ini masih jauh, tetapi seolah-olah Dia mengingatkan aku pada hari yang terik itu,
"Jangan peduli mereka melihat kau yang aneh2, Aku melihatmu apa adanya.Nah, aku ilhamkan dia ini untuk menyatakan kepadamu"

Kerana
'Islam itu datang dalam keadaan asing, dan ia akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orangorang yang terasing itu'
-Hadis Riwayat Muslim-
Kau janjikan begitu, bukan?
Sebak. Terima kasih Tuhan.

_____________________________________________________________________

Dan aku boleh sahaja memberi mereka perumpamaan, gulagula yang tertutup dan gulagula yang terbiarterbuka, mana satu yang akan kau ambil dari tanganku?
Kerana hadiah yang terbuka itu jelas milik orang lain, kau tentu akan memilih yang masih elok berbungkus bukan? Kerana eksaitmen menerima hadiah itu lahir daripada dua situasi, perasaan semasa mencarik robek hadiah yang dibungkus rapi, dan perasaan mengetahui jawapan disebalik lapisan opaque tadi. Jawapannye terserah sama ada kau suka atau tidak, puas atau kecewa. Yang penting perasaan yang mendatangkan rama2 berterbangan mengisi perut, bukan?
Tapi tidak. Kerana aku tahu manusia sepertinya tidak suka bila dirinya diibaratkan sebarangan. Kerana ego mereka tinggi, dan mereka rasa dirinya sudah serbaserbi cukup.
Aku harus mencari kaedah lain.

Ya, itu mesti. Dalam tempoh yang berbaki sedikit ini. Mudahmudahan dengan izin Allah, mungkin bukan tempiasnya dari aku, mungkin daripada orang lain, tetapi takkan ku berhenti berdoa kepadanya untuk tetapkan pasakku padaNya, dan memberi kamu dan kamu dan kamu hidayahNya.