Tuesday

Pujian.

Assalamualaikum.

"Alhamdulillah."

Comments:
1. Alhamdulillah, congratulations to you!
2. Y? What happened?
3. Oh em gee!!! i am so happy for youuuuuuuuu!! XD
4. Untungnye awak. nak jugaaak. T.T

Ratarata begitulah senario yang sering berlaku di garisan masa mukabuku. Setiap satu caracara komen tersebut menggambarkan ciriciri yang berbeza;

1. Sentiasa mengikuti perkembangan semasa.
2. Tidak peduli keadaan sekeliling.
3. Gembira dengan kejayaan orang lain.
4. Menangisi kesenangan orang lain; pendengki.

Sementelah itu, mari kita telusuri maksud perkataan tersebut.

[Alhamdulillah]
"All praises to Allah"
"Segala puji bagi Allah"

Pujian.
Kebiasaannya kita mengamalkan kata kerja 'memuji' ini apabila seseorang melakukan sesuatu yang membanggakan,
apabila kita ingin meminta sesuatu daripada seseorang,
apabila kita ingin mengambil hati (bodek) seseorang,
apabila seseorang melakukan kebaikan yang tak akan dilupakan,

"Hebatlah awak",
"Cantik awak",
"Pandainye kau ne",
"Bos nampak segak hari ini",
 "You are my hero".

Dan terkadang kita asyik memuji makhluk ciptaan di alam fana ini dan langsung terlupa untuk menyatakan pujipujian terhadap pencipta segala makhluk.
 Allah.
Terkadang, kita menunggu datangnya suatu nikmat yang besar, yang sudah lama dipohon dan pada waktu itulah baru kita ucap 'Alhamdulillah'.
Kita terlalu menumpukan perhatian kepada perkaraperkara yang besar lalu melupakan sepenuhnya perkaraperkara kecil. Sedangkan sehelai daun itu terdiri daripada berjutajuta selsel yang bersaiz minit. Apatah lagi kita manusia.
Dan tergamak kita menolak halhal yang kecil?

[The smallest thing can make a huge difference]
(Perkara yang kecil mampu memberi kelainan yang berbeza)

Atau seperti yang digembargemburkan.

Sesungguhnya manusia itu memang pelupa.
Asalusulnya,
Tanggungjawabnya,
Tujuannya,
Perjanjiannya.

Manisnya tatacara sesuatu acara,
manis juga tatatertib memohon kurnia.

Awal permohonan doa mesti didahulukan dengan pujipujian kepada Allah.
Hakikat bahawa Allah sangat suka pabila hambanya memujinya,
lalu Allah mengurniakan juga sifat tersebut kepada hambanya,
supaya kita mamahami perasaan apabila dipuji, dan memuji,
dan mengaplikasikan kembali semuanya terhadap Allah.
Semoga jiwa lebih basah apabila menyebut Alhamdulillah.

Kerana daripada Tuhanmu engkau datang dan kepada Tuhanmu engkau kembali.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,
Untuk setiap udara yang ada,
setiap nafas yang dihela,
setiap degup jantung yang setia mengungkap nama Tuhanku,
Ya Rabb, Ya Rabb, Ya Rabb, Ya Rabb,

Alhamdulillah untuk roh yang masih kembali setelah perginya tika ku lena,
Alhamdulillah untuk nyawa yang masih bersisa untukku mencari bekal dibawa ke sana,
Alhamdulillah untuk nikmat yang datang dari penjuru yang tak terjangka.

Pujian kita bukan hanya pabila nikmat mendatangi,
tetapi juga pabila badai melanda,
kerana untungmalang nya nasib seseorang,
itu semua mengikut kehendak Allah.
Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya.

Dan semua yang berlaku tertakluk kepada kita.
Semakin mendekat; atau semakin menjauh.
Kepada kekasih.
Kepada Pencipta.

'An Alhamdulillah keeps the arrogance away"

Wallahualam.